Monday, January 24, 2011

Batu Bersurat

SEJARAH BATU BERSURAT TERENGGANU

Batu Bersurat kali pertama dijumpai pada tahun 1887 di tepi Sungai Tara, Kampung Buluh, Hulu Terengganu. Penduduk kampung yang menjumpainya tidak mengetahui nilai sejarah yang ada pada batu ini lalu digunakan sebagai alas membasuh kaki untuk naik ke Surau Tok Abdul Rashid di Kampung Buluh. Batu ini kekal di tangga surau berkenaan selama 15 tahun hinggalah seorang pedagang, Saiyed Hussin bin Ghulam Al Bukhari menemui batu ini pada tahun 1902. Semasa dijumpai bahagian atas Batu Bersurat itu telahpun terserpih.

Dengan bantuan Penghulu Ali dan penduduk kampung, Saiyed Hussin berjaya mengangkat batu ini ke atas rakit lalu dibawa balik ke Kuala Terengganu dan dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III. Baginda kemudiannya menitahkan batu ini diletakkan di atas Bukit Puteri, Kuala Terengganu. Pada 1922, Timbalan Penasihat Inggeris Encik H.S. Petterson telah meminta seorang jurugambar Jepun, Encik N. Suzuki mengambil gambar Batu Bersurat ini untuk dihantar kepada C.O. Blagden supaya dapat diterjemahkan.

Dalam tahun 1923, batu ini telah dipinjamkan ke Muzium Gambar Raffles Singapura dan apabila Muzium Negara siap dibina pada tahun 1967, batu ini telah dipindahkan pula ke Kuala Lumpur. Pada 12 Febuari 1987, Kerajaan Terengganu telah memutuskan surat memohon pengembalian Batu Bersurat ke negeri asalnya. Permohonan ini telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri. Berikutan itu, Batu Bersurat ini telah dibawa pulang dan diserahkan kepada Kerajaan Terengganu dalam satu upacara penyerahan yang diadakan di Bilik Perjanjian, Wisma Darul Iman pada jam 9.30 pagi, 6 Julai 1991
Source by: www.muzium.terengganu.gov.my

Kini Bulatan Batu Bersurat di abadikan dalam bentuk replika ditengah bandaraya
 Kuala Terengganu sebagai salah satu dari mercutanda Negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...